Thursday, March 19, 2009

Menjawab Respons Seorang Muslim yang Terdesak

Memang benar pepatah Siapa yang makan cili, dialah yang akan merasa kepanasannya! Dan ini ternyata merupakan pengalaman seorang dai, yaitu misionari Islam yang sudah terbawa-bawa oleh ketaksuban dan fanatismenya sehingga dalam keadaan marah-marah dan kepanasannya dia cuba menjawab makalah kami pada bulan Mac, 2004 lepas, tetapi dengan berselindung di sebalik putarbelit, tipu-daya, kekarutan dan pembohongan yang cukup banyak dan jelas, sepertimana si-pembaca akan maklum sebentar lagi. Tindakan terdesak seperti inilah menyerlahkan dan membuktikan kepada kami bahawa pendakwah Islam seperti itu sudah jauh kehabisan modal dan sudah ketandusan fakta-fakta untuk menangkis hujah-hujah kami sehingga dia mampu menggadaikan kebenaran dan menggunakan banyak sekali alasan seperti penafian-penafian, pembohongan, fitnah dan tipudaya bagi menegakkan hujah-hujahnya yang begitu lemah, dangkal dan berasaskan kepada kekarutan yang sememangnya sekali pun tidak masuk akal itu! Makalah tersebut boleh dibaca di sini. [Nota tambahan Disember 2004: Setelah beberapa bulan paparan penangkisan ini terhadap pendustaan dan dakyah kosongnya, Menj telah mematikan link ke makalah asalnya. Tetapi mujurlah, kami ada menyimpan catatan asalnya sebelum dia telah menghilangkan link ke makalahnya itu, dan petikan-petikan itu berwarna merah jambu di dalam rencana kami ini. Ini merupakan satu lagi contoh dan dalil cukup jelas ketidak-jujuran dan betapa munafiknya sikap 'dai Islam' seperti Menj ini, yang cuba menghina ajaran Sayidina Isa a.s. dan Kitab Suci Injil yang sejati dengan berselindung di sebalik tipudaya, pendustaan dan kekarutan belaka.

No comments:

Post a Comment